About Us


AnnaLyss Home dimiliki sepenuhnya oleh AnnaLyss Ventures dengan nombor pendaftaran perniagaan (PG0298209-D).  AnnaLyss Ventures ditubuhkan pada 2 April 2012 setelah 3 tahun berkecimpung secara sambilan dalam bidang perniagaan ini.  Perniagaan ini merupakan pemilikan kongsi di antara Dzuliyana Suleman dan Ilya Ainaalis Mohd Noor.

 Perkhidmatan yang disediakan oleh AnnaLyss Home terdiri daripada 3 fokus utama iaitu AnnaLyss Yummylicious Kitchen iaitu pembuatan kek dan pastri, AnnaLyss Your-Day Deco iaitu khusus untuk dekorasi hantaran perkahwinan, pertunangan dan  AnnaLyss Gift Garden iaitu dekorasi cenderahati/doorgift untuk sesuatu majlis keraian.

AnnaLyss Yummylicious Kitchen menyediakan perkhidmatan pembuatan kek dan pastri dimana kami  menyediakan perkhidmatan pembuatan  kek perkahwinan, kek bagi sebarang keraian, kek cawan/cupcakes, muffin dan macarons.  Dekorasi kek dan cupcakes yang dihasilkan adalah cetusan idea AnnaLyss selain sedia menerima dekorasi pilihan pelanggan.  Pelbagai aneka kek boleh dihasilkan mengikut pilihan dan selera pelanggan seperti coklat cake, vanilla kek, red velvet, tiramisu dan sebagainya.

AnnaLyss Your-Day Deco merupakan perkhidmatan gubahan hantaran di hari istimewa anda sama ada majlis perkahwinan mahupun pertunangan.  Dekorasi hantaran  merupakan cetusan idea AnnaLyss sepenuhnya juga sedia menerima dekorasi pilihan pelanggan.

AnnaLyss Gift Garden sedia membantu pelanggan bagi menyediakan cenderahati/doorgift bagi sebarang keraian yang diadakan.  Cenderahati yang dihasilkan adalah mengikut  kreativiti AnnaLyss selain sedia menerima cadangan dekorasi pilihan pelanggan. 

No comments:

Post a Comment